Your logo Here

Dek kayu

by Your Name comments

Tag


Share this post:
Design Float
StumbleUpon
Reddit


Pelantar semakin diminati, sesuai dibina di kawasan curam berhampiran longkang atau parit

PENGGUNAAN pelantar kayu atau dek adalah elemen baru dalam seni hias laman yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini terutama dalam konsep Nusantara, Tropika atau Bali.

Harga kayu yang mahal tidak menghalang minat ramai untuk memiliki pelantar di anjung rumah walaupun kediaman mempunyai ruang laman terhad. Malah, bagi penghuni apartmen dan kondominium, penggunaan pelantar juga dijadikan pelengkap ruang balkoni mereka.
Risda Semaian dan Landskap Sdn Bhd di Putrajaya adalah antara pengusaha yang menerima tempahan bagi pelantar mengikut saiz yang dikehendaki pelanggan.

Pelantar dibina menggunakan kayu resak dan cengal kerana kedua-duanya tahan lama dan kukuh, selain mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Warna dan bentuk pelantar cengal atau resak juga nampak lebih semula jadi lebih-lebih lagi jika rupa kayu nampak buruk atau rustik. Bagi menaikkan lagi seri pelantar, kemasan buluh digunakan.


Harga bagi setiap tempahan bergantung kepada keluasan kawasan selain jumlah kayu yang digunakan serta aksesori atau ukiran bagi rekaan berkenaan.

Pada asasnya, pelantar biasanya dibina di kawasan lembap dan berair. Namun, kini penggunaan pelantar di perluaskan dalam kawasan laman sama ruang anjung atau belakang rumah.

Bagi pereka landskap, pelantar sesuai untuk laman yang curam atau kawasan berhampiran longkang atau parit. Selain menutup longkang atau parit, ia juga sesuai dibina di kawasan tanah lembap dan lembah.

Pelantar bukan hanya menutup permukaan yang kotor dan menjijikkan atau kawasan ada cela, ia juga penghias bahagian lantai yang semakin mendapat perhatian.




Pelantar juga kini menjadikan kawasan yang rendah menjadi lebih tinggi dan sesuai untuk ruang anjung dan balkoni yang rendah.

Ramai yang menyatakan, pelantar menaikkan lagi seri laman dan menyerlahkan lagi anjung sama ada di depan atau belakang rumah.

Rumah tradisional Melayu banyak menggunakan pelantar tidak kira di belakang dan depan rumah. Bagi rumah air, pelantar menjadi kawasan penting untuk menghubungkan antara satu rumah dengan yang lain.

Jika berminat dengan seni bina tradisional atau sentuhan Bali, Nusantara dan Tropika, apa kata mencuba gaya baru ini di laman anda.

Panduan bina pelantar

#Langkah 1

Sebelum membina pelantar tentukan kawasan mana ia mahu dibina. Paling sesuai tentukan pemandangan dan titik tumpu dari kawasan pelantar yang mahu dibina. Juga sesuaikan dengan perabot laman yang sedia ada.

# Langkah 2

Tentukan dua kebaikan dan keburukan sebelum anda membina pelantar terutama kesesuaian dengan kawasan ia dibina.

# Langkah 3
Buat lakar bentuk pelantar terlebih dulu sebelum anda mengambil keputusan membinanya.

# Langkah 4
Tentukan ketinggian pelantar untuk disesuaikan dengan kawasan pembinaannya.

Tip membina pelantar
# Anda perlu tahu fungsi dan kegunaan pelantar sebelum membinanya. Ini termasuk keburukannya seperti kemungkinan menjadi tempat binatang atau serangga bersarang.

# Ambil tahu cuaca dan suhu kawasan pelantar yang mahu dibina. Jangan lupa melihat arah turun naik matahari bagi menentukan cahaya matahari. Dikhuatiri pemasangan pelantar tidak sesuai dan pemandangannya tidak menarik atau

terdedah kepada cahaya matahari yang tidak sesuai menjadi tempat istirahat keluarga.

# Bina pelantar mengikut kesesuaian dan keluasan laman.

# Tentukan sama ada pelantar yang dibina beratap atau terdedah atau berbumbung langit. Jadi perlu tentukan cahaya matahari atau bayang tempat pelantar dibina.

# Juga tentukan sama ada pelantar dibina mengganggu kawasan kejiranan dan keselesaan jiran kiri dan kanan, depan atau belakang rumah. Mungkin anda perlu meletakkan pagar atau bidai bagi menghasilkan ruang yang lebih peribadi untuk keluarga

# Upah saja kontraktor landskap untuk mendapatkan hasil kerja bermutu dan kemas. Namun, buat tinjauan harga untuk dapatkan harga yang berpatutan dan sesuai dengan bajet anda.

My Name Here
A short description here
youremail@here.com

Subscribe feeds via e-mail
Subscribe in your preferred RSS reader

Subscribe feeds rss Recent Entries

Advertise on this site Sponsored links

Categories

Sponsored Links

My Photos on flickr

Subscribe feeds rss Recent Comments

Technorati

Technorati
My authority on technorati
Add this blog to your faves