Your logo Here

Sentuhan konkrit penyeri laman

by Your Name comments

Tag


Share this post:
Design Float
StumbleUpon
Reddit


Tempat duduk bersantai mendapat sentuhan daripada bancuhan konkrit .

Pilihan Anchenk Abdullah bukan setakat jadi tarikan, tetapi mampu jimatkan kos

BAGI kebanyakan pemilik kediaman yang berkemampuan, struktur binaan daripada kayu menjadi pilihan utama bagi mereka yang gemarkan hiasan landskap.

Selain memilih kayu cengal, ada juga pilihan lain seperti kayu jati dan juga kayu resak. Walaupun dikatakan harganya yang agak 'tinggi', namun hasrat memiliki laman yang menarik tetap diteruskan bagi mencapai kepuasan si pemilik kediaman.

Berlainan pula cita rasa Anchenk Abdullah, dari Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, yang menjadikan bahan asas daripada binaan konkrit sebagai pelengkap hiasan laman.

Bagi pengunjung yang pertama kali bertandang di laman kediaman ini, peti simpan surat di hadapan rumah pasti menjadi tarikan utama. Sekali imbas, kelihatan peti simpan surat ini diperbuat daripada bahan getah namun, ia sebenarnya diperhalusi dan dihasilkan menggunakan konkrit.

"Binaan yang menggunakan konkrit tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Bancuhan dan kepadatan konkrit perlu diteliti dan difahami bagi menjamin mutu yang baik. Selain sifatnya yang kukuh dan tahan lasak, ia juga tahan lama.



Bagi menambah daya tarikan laman, binaan kolam kecil daripada konkrit turut ditampilkan. Saluran paip air menyerupai buluh turut dihasilkan daripada bahan yang sama. Walaupun pembinaan kolam sengaja dibuat dengan ringkas, tanaman menghijau seperti paku pakis dan pokok kiambang menjadikan kolam nampak menarik.

Pembinaan ruang berjalan kaki juga tidak kurang hebatnya. Pemilik kediaman bijak menyusun atur batu-bata diselang selikan dengan binaan konkrit berbentuk bulat dan kayu tebal menjadi laluan utama pengunjung yang bertandang.

Jika inginkan suasana yang menghijau sambil menjamu hidangan yang disediakan, ruang istirahat turut dibina bagi pengunjung yang gemarkan suasana santai. Paling unik, pembinaan wakaf ini turut menggunakan bahan konkrit.

Walaupun pembinaannya mengambil masa yang lama, tugasan ini memerlukan tahap ketelitian yang tinggi. Untuk membuat tiang yang kukuh, cerucuk besi perlu diletakkan ke dalam acuan ketika menuang bancuhan simen.

Perlu diingatkan acuan mesti diukur dengan tepat bagi mendapatkan ketinggian yang sama. Perbincangan bersama rakan sekerja yang mahir turut memainkan peranan penting bagi menyiapkan pembinaan wakaf.

Selain menjadikan ruang wakaf untuk bersantai, kehadiran bunyi desiran kolam yang diisi dengan kelibat ikan koi turut menarik perhatian pengunjung.

"Ramai rakan bagaikan tidak percaya saya menggunakan bahan konkrit bagi mewujudkan laman yang diidamkan.

"Pembinaannya seakan-akan menggunakan bahan kayu yang berkualiti membuat mereka terpegun sambil memuji keunikan laman, " katanya.

Ruang laman di tepi kediaman juga tidak dibiarkan kosong. Pemilik kediaman turut meluahkan kemahiran dengan mewujudkan pembinaan pergola daripada konkrit.

Selain itu, kerusi dari bahan kayu menjadi pelengkap bagi pemilik yang inginkan kelainan.

Bagi menambah seri, gabungan pokok dan tanaman daun turut diselitkan sekali gus menjadikan ruang laman kelihatan redup daripada matahari yang terik.

My Name Here
A short description here
youremail@here.com

Subscribe feeds via e-mail
Subscribe in your preferred RSS reader

Subscribe feeds rss Recent Entries

Advertise on this site Sponsored links

Categories

Sponsored Links

My Photos on flickr

Subscribe feeds rss Recent Comments

Technorati

Technorati
My authority on technorati
Add this blog to your faves